Sunday, February 19, 2006

MY FIRST BREAD


19.02.06. Jam 10 malam. Me and hubby buat operasi roti. Misinya, membuat roti dengan oven yang dah sebulan jadi perhiasan. Punyalah tak confident. Kerana asyik kena perli, akhirnya semua peralatan dikeluarkan...jeng..jeng..jeng...sementara saya baca resipi, Helmi sukat adunan. Tetiba, bila bab nak masuk tepong, baru sedar, kami tak ada weighing scale! Alamak! saya pun telefon Jana (pembekal oven). Jana kata sukat guna cawan. Kerana Helmi kata masuk kismis, dimasukkan juga segenggam kismis (tapi dalam resipi tak ada).

Akhirnya, oven pun di 'on' kan. Set to bake in 3 hrs. So in between, we watched movie Clint Eastwood dalam Star Movie, "1 Million Dollar Baby". Very touching. Saya bukan peminat Eastwood tapi filem ini kami anggap the best. Patutlah menang Best Picture. Sedih sedih pun, every now and then saya lari ke dapur, lihat progres roti. Mula-mula ada bau...lepas tu nampak naik...lepas tu tukar warna jadi slight brown, lepas tu golden brown...wow!! Saya buat countdown lagi. Lagi 40 minit! 33 minit! 15 minit! 10 minit! 5 minit! dan TING! oven berbunyi menandakan roti dah masak.

Kami teruja. Its a beauty. Believe it! Roti buatan sendiri depan mata! Every corner of the roti kami rakam dalam kamera. Hinggakan masa sapu mentega pada roti pun siap bergambar. Helmi buat kelakar, dia buat gaya pelukis agung Leonardo Da Vinci dengan berus, cuma kanvasnya adalah roti.

So, jam 1.30 pagi, Isnin 20.02.06, kami duduk bersila makan roti dengan sardin goreng bawang. Nikmatnya. Allahuakbar. Alhamdulillah. Yahoo! Waaaah gitu! ....though its just a bread, but ia roti buatan kami, dijamin fresh dan bersih. So, Gardenia and High 5, takkan merasakan duit kami lepas ni...he...he..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home