Sunday, February 19, 2006

2 FEBRUARI 2006


KHAMIS, DUA Februari 2006 bersamaan 3 Muharam 1427. Cuaca baik. Selepas siram laman dengan pokok kesidang yang semakin lemak mengharum baunya, kami cadang berjalan-jalan di KLCC. Selepas beli parfum BVLGARI (hadiah hari jadi), kami terserempak Shafie, kawan lama dari EMI. Lepas tu, kami hala ke Aquaria. Macam-macam spesis hidupan laut ada di situ. Tapak Nabi Sulaiman dan ikan-ikan...dari ikan kecil hingga ikan besar. Waktu sampai di bahagian bawah, di mana ikan lalu di atas kepala, saya teringat cakap Angah, anak saudara yang kerja di Ranhill, katanya, macam mana kalau cermin tu tiba-tiba pecah masa kita lalu? Kami sempat bergambar, tapi agak gelap sedikit...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home