Sunday, February 19, 2006

2 FEBRUARI 2006


KHAMIS, DUA Februari 2006 bersamaan 3 Muharam 1427. Cuaca baik. Selepas siram laman dengan pokok kesidang yang semakin lemak mengharum baunya, kami cadang berjalan-jalan di KLCC. Selepas beli parfum BVLGARI (hadiah hari jadi), kami terserempak Shafie, kawan lama dari EMI. Lepas tu, kami hala ke Aquaria. Macam-macam spesis hidupan laut ada di situ. Tapak Nabi Sulaiman dan ikan-ikan...dari ikan kecil hingga ikan besar. Waktu sampai di bahagian bawah, di mana ikan lalu di atas kepala, saya teringat cakap Angah, anak saudara yang kerja di Ranhill, katanya, macam mana kalau cermin tu tiba-tiba pecah masa kita lalu? Kami sempat bergambar, tapi agak gelap sedikit...

BESTNYA EIAT 2006


EKSPO Industri Asas Tani di PWTC memang best. Kami ke sana hari Sabtu. Selain berbagai produk tempatan yang bermutu yang memang menakjubkan, yang paling best bagi saya ialah setiap booth yang kami lawat, kita boleh sample, boleh makanlah gitu. Jadi, dari satu gerai ke satu gerai, rasa itu dan ini, lepas tu, jalan depan lagi, boleh minum jus bermacam jenis - dari jus buah-buahan hingga ke kacip fatimah dan tongkat ali, pure punye Jadi, by the time kami nak makan juadah terbaik dari setiap negeri, perut pun dah kenyang. Memang semuanya saya tahu sedap, ikan patin masak tempoyak (Pahang), gulai ikan keli lemak cili api (Negeri Sembilan)< asam pedas (Melaka), laksa Kuala Kedah, pasembor Pulau Pinang dan cendol (tapi tak boleh lawan cendol Masjid Tanah) dan macam-macam lagi. Kami cuma tapau mi rebus Johor.

Macam biasa, bila seronok pergi satu tempat, saya telefon abang dan kakak-kakak ipar serta anak-anak saudara termasuk kawan-kawan untuk pergi ke ekspo tu. Muhyidin Yassin patut bangga dengan saya buat promosi macam ni. My verdict - EIAT 06 tu patut dilanjutkan lagi.....

MY FIRST BREAD


19.02.06. Jam 10 malam. Me and hubby buat operasi roti. Misinya, membuat roti dengan oven yang dah sebulan jadi perhiasan. Punyalah tak confident. Kerana asyik kena perli, akhirnya semua peralatan dikeluarkan...jeng..jeng..jeng...sementara saya baca resipi, Helmi sukat adunan. Tetiba, bila bab nak masuk tepong, baru sedar, kami tak ada weighing scale! Alamak! saya pun telefon Jana (pembekal oven). Jana kata sukat guna cawan. Kerana Helmi kata masuk kismis, dimasukkan juga segenggam kismis (tapi dalam resipi tak ada).

Akhirnya, oven pun di 'on' kan. Set to bake in 3 hrs. So in between, we watched movie Clint Eastwood dalam Star Movie, "1 Million Dollar Baby". Very touching. Saya bukan peminat Eastwood tapi filem ini kami anggap the best. Patutlah menang Best Picture. Sedih sedih pun, every now and then saya lari ke dapur, lihat progres roti. Mula-mula ada bau...lepas tu nampak naik...lepas tu tukar warna jadi slight brown, lepas tu golden brown...wow!! Saya buat countdown lagi. Lagi 40 minit! 33 minit! 15 minit! 10 minit! 5 minit! dan TING! oven berbunyi menandakan roti dah masak.

Kami teruja. Its a beauty. Believe it! Roti buatan sendiri depan mata! Every corner of the roti kami rakam dalam kamera. Hinggakan masa sapu mentega pada roti pun siap bergambar. Helmi buat kelakar, dia buat gaya pelukis agung Leonardo Da Vinci dengan berus, cuma kanvasnya adalah roti.

So, jam 1.30 pagi, Isnin 20.02.06, kami duduk bersila makan roti dengan sardin goreng bawang. Nikmatnya. Allahuakbar. Alhamdulillah. Yahoo! Waaaah gitu! ....though its just a bread, but ia roti buatan kami, dijamin fresh dan bersih. So, Gardenia and High 5, takkan merasakan duit kami lepas ni...he...he..