Tuesday, February 21, 2006

SIZZLING PEPPER STEAK


Monday blues. 6 pm. Hujan. Driving home. Tetiba Abang Ghani telefon. "Datanglah...Abang belanjo dinner!". How often you get calls like that? Macam panggilan dari syurga. So, we left Punto kat Bangsar. Naik lrt ke Ampang Park. Venue - Room 1123, Hotel Nikko. Ding Dong. Abang Ghani (rambut dah tumbuh) tersengih nampak kami. Meeting 2 hari di KLCC...(asal tak 5 hari, kan best??). Kami pun suggest Cosy Corner. Mula-mula nak order Kue Tiau Beef Ginger tapi since the 2 hero order steak, saya pun apa lagi...sizzling pepper steak & jus limau nipis....eh, Abang Ghani...selalu-selalulah meeting kat KL ni..!!

KLIA TERSENYUM


SENYUM itu sedekah...... jadi senyum, jangan tak senyum. Sekalipun pukul 1 pagi...inilah antara yang menunggu di KLIA.....Angah dan Kak Aisyah , belakang tu Kak Ani yang mengorbankan tidur untuk ambik berkat pak aji dan mak aji yang baru balik tu....Ha, macam mana, tahun depan kita sambut orang Kajang pulak....makan satay Kajanglah kita nanti!

HAJI GHANI & HAJJAH ROSLAH


23 Januari 2006. Saya dan Han ke KLIA jam 12 tengah malam. Teruja pulak rasanya. Sekali lagi berkumpulan keluarga akan berlaku. Kali ni di KLIA pulak. Rombongan dari Masjid Tanah tentu dah tiba. Izani, Arif, Aimy & Aliya on the way. Bang Adin & family pun sama. Kak Sarah & Along dah sampai. Angah & Fauzi tengah parking. Takut lambat, kami tak masuk parking. Lagipun, takkanlah nak saman, orang balik dari tanah suci! Masa menunggu tu, saya sempat bisik pada Helmi..."satu hari nanti, diorang tunggu kita pulak." Jam 1.30 pagi, Bang Ghani & Kak Selah...ooops, sori, Haji Ghani & Hajah Roslah pun muncul. Berebut-rebutlah salam, cium tangan...harum orang balik dari tanah suci. Tapi, sampai kat kereta....alamak! kami kena saman. Rupa-rupanya, polis tak macam yang kami sangkakan!

PERSONAL ADVISOR SITI..


BETUL ke Kakcah dah jadi Personal Advisor Siti? Hmm, entahlah...tapi rasanya tak terkejutlah kan kalau kakak kita ni jadi penasihat...maklumlah kengkadang banyak benda yang tak boleh nak dikongsi dengan keluarga....dengan orang luar macam senang je nak cerita...tak gitu kakchah??

IMUDA NGALAHKAN ANAK DARA..


SIAPA masuk rumah Imuda akan sangka itu rumah anak dara dulu-dulu - bersih dan kemas saja. Tapi itu dulu. Anak dara sekarang, rasanya, tak ramai yang suka berkemas rumah. Kalau ada yang malas, eloklah jenguk rumah Imuda. Ha, baru rasa tercabar. Mujurlah saya tak jatuh dalam kategori malas tu.Ehem...Saya kata dia rajin sebab sofa dia putih dan kena dengan giant painting dia ....99.8peratus perempuan. Aisey.....Mawi tak de ke?

PIKNIK DI TABUNG HAJI KELANA JAYA



08 Disember 2004. Kelana Jaya untuk kali ketiga jadi lokasi kami sekeluarga. Pertama kali masa hantar Abah dan Mak, lepas itu Mak Wo dan akhir tahun 2004, kami hantar Abang Ghani & Kak Roslah pulak. Jam 11 malam kami sudah lepak sana...makan-makan, meriah. Suasana lebih teratur, ada khemah untuk kami 'berkelah' dengan juadah yang berbagai, ihsan orang Kak Ani dari Ramuan Cina. Cuba juga perhatikan kalau nampak Lini, Azlini Ahmad (kami sama-sama di Astro) dia pergi juga. Dia dan Ceria nak doa dapat anak. So, there I was with my family - Kak Sarah dan Bang Husin & family, Bang Adin & Kak Aishah & family, Adik & Fauzi & family, Bang Amir & Umi & Leha & family.... selamat jalan Bang Ghani & Kak Selah....jangan lupa doa-doa kami tu...